Sizzling Mee

Mei 26, 2007 Shah

Bahan-Bahan:
1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)

300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 – 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 – 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Cadangan Hidangan:
Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba.

Entry Filed under: Resepi

4 Comments Add your own

  • 1. pakjeton  |  September 7, 2007 at 10:18 am

    Assalamualaikum,
    kalau tak guna sizzling plate mana dia sizzle.

  • 2. sariou  |  Januari 18, 2008 at 2:51 am

    assalamualaikum,
    kalau nak sedap guna sos n kicap jenama ape ekh?

  • 3. Shah  |  Januari 19, 2008 at 3:32 am

    w’salam..
    sos n kicap tu terpulang kepada citarasa masing2. di sini, sy syorkan kicap n sos keluaran al-hikam. jenama tak terkenal tp kualitinya terbaik! selamat mencuba.

  • 4. Muhammad Fakhruddin  |  Mei 21, 2010 at 4:56 am

    terima kasih atas pujian dan pengenalan produk hikam tu.. teruskan menyokong:)saya adalah salah seorang salesman dari syarikat itu.. kalau ada sapa2 nak jual produk hikam leh contac saya..di fb pun x pe.. “fakhruddin faiz” o alhikam_marketing @yahoo.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to comments via RSS Feed

Laman

Kategori

Kalendar

Mei 2007
M T W T F S S
« Feb   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Most Recent Posts

 
%d bloggers like this: